Bermaksud: Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup. Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Peristiwa Ayat 1000 Dinar.
Konon pada suatu masa, ada seorang saudagar yang sangat kaya dan dermawan di tanah Arab mendapat mimpi agar memberikan sedekah sebanyak 1000 dinar emas kepada fakir miskin. Tapi saudagar tersebut kurang yakin akan perintah mimpi tersebut. Tapi ternyata mimpi itu datang setiap malam didalam tidurnya, sehingga saudagar itu dengan ikhlas memberikan sedekah 1000 dinar emas kepada fakir miskin. Pendek cerita, pada suatu hari saudagar itu pergi berlayar untuk berdagang ke negeri seberang dengan membawa banyak harta kekayaan termasuk emas berlian yang disimpan didalam peti kayunya. Di tengah-tengah perjalanan, bencana datang menimpa, turun badai yang sangat besar menghancurkan dan menenggelamkan kapalnya. Tapi si saudagar itu terselamat terdampar di tepi pantai bersama-sama peti emas berliannya yang sangat berharga……
Kelebihan Ayat 1000 Dinar.
Ayat 1000 Dinar adalah sebahagian dari ayat kedua dan ketiga Surah At-Talag, dan telah diamalkan oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini, hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat 1000 Dinar mempunyai pelbagai faedah jika selalu diamalkan di dalam kehidupan harian untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan di dalam perniagaan, pangkat dan darjat di dalam sesuatu organisasi atau pekerjaan.
Ayat 1000 Dinar juga dapat memberikan jalan keluar penyelesaian terhadap suatu kesukaran atau permasalahan.
Ayat 1000 Dinar juga boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika dibacakan sebanyak 3 kali dan dihembuskan terhadap pesakit tersebut. Atau dibacakan dan dihembus di dalam air minuman dan diberi minum kepada si pesakit, insya'Allah si pesakit akan sembuh.
Jika ditimpa malapetaka atau kesusahan yang amat berat, kezaliman oleh orang-orang yang tamak atau peperangan disebabkan oleh musuh-musuh negara, maka, amalkan lah bacaan doa Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat lima waktu. Insya'Allah, mudah-mudahan mendapat perlindungan dari Allah Ta'ala.
Amalan Ayat 1000 Dinar.
Amalan Ayat 1000 Dinar hendaklah dibaca setiap hari selepas solat lima waktu. Dibacakan sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali. Boleh dibaca setiap kali hendak masuk tidur dan keluar rumah.
Mengamalkan bacaan doa Ayat 1000 Dinar memang banyak faedahnya di dalam kehidupan harian kita. Walaubagaimanapun, sesuatu amalan yang dilakukan hendaklah bertaqwa dan bertawakkal sepenuhnya terhadap ketentuan Allah Ta'ala. Bertaqwa dan bertawakkal ini telah diperjelaskan di dalam maksud Ayat 1000 Dinar itu sendiri.
No comments:
Post a Comment